Khamis, 29 Oktober 2009

KAEDAH KAJIAN

Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah digunakan ialah:

*Pemerhatian:Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti kegiatan manusia dan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

:Temubual:kami menemu bual guru geografi untuk mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

RUMUSAN

Kawasan kediaman di gunung besout mempunyai banyak keistimewaan.Felda ini mempunyai bentuk muka bumi yang menggalakkan pertanian.Kawasan tanah pamahnya yang berpotensi untuk dimajukan bagi penempatan dan pembinaan jalan raya.

HASIL KAJIAN 3

KESAN MEMBINA TAMAN DI KAWASAN PAYA

* Membina taman adalah suatu perbuatan yang berfaedah tetapi tidak patut membina taman di kawasan paya.

* Ia akan memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar seperti,kita perlu menimbus paya supaya menjadi rata itu akan memjejaskan haiwan yang berada di situ.Ini akan menambah kadar kepupusan haiwan.

* Langkah-langkah mengurangkan kesan ialah tambak daripada hakisan tanah dengan tumbuh-tumbuhan.Buat lubang yang berlakunya banjir kilat.

HASIL KAJIAN 2

KESAN-KESAN PERINDUSTRIAN

* Perindustrian juga amat diperlukan oleh penduduk besout.Jenis perindustrian yang ada di besout adalah Kilang Sawit Besout.Kawasan gunung besout diliputi oleh pokok kelapa sawit.Dengan itu,pembinaan kilang diperlukan untuk pemprosesan buah sawit.

* Ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar seperti pencemaran udara dari asap kilang sawit.Asap adalah sebuah bahan yang membolehkan penipisan lapisan ozon.Selain itu kilang akan membuang sisa-sisa buangan ke sungai.

* Langkah mengatasi adalah membuat kilang jauh daripada penempatan,tanam pokok sekeliling kilang tujuannya menahan asap dari bebas ke penempatan.Kita haruslah membuat kolam rawatan air di belakang kilang.

HASIL KAJIAN 1

KESAN PEMBINAAN JALAN RAYA

* Penduduk Gunung Besout amat memerlukan jalan raya untuk berulang alik ke tempat kerja dan ke rumah.Penduduk Besout juga menggunakan jalan raya untuk pengangkutan.Walaupun, jalan raya amat penting bagi penduduk.Ia akan memberikan kesan kesan yang buruk kepada alam sekitar seperti kita akan menarah bukit dan ia akan memburukkan landskap.Kesannya ialah hakisan tanah,tanah runtuh dan banjir kilat

* Langkah-langkah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di besout adalah,kita haruslah mengurangkan pembinaan jalan di besout.langkah mengatasi ialah kita haruslah membuat bukit,menanam rumput menutupi bumi,longkang dan sistem pemparitan teratur.

Rabu, 28 Oktober 2009

KAWASAN KAJIAN

Kami telah memilih FELDA GUNUNG BESOUT sebagai kawasan kajian kami kerana kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal kami iaitu kira-kira 1 kilometer dari rumah kami.Oleh itu,ini memudahkan kami untuk menjalankan kajian kami.
FELDA GUNUNG BESOUT terletak di SUNGKAI,PERAK di BATANG PADANG.GUNUNG BESOUT diliputi oleh ladang kelapa sawit,pokok getah dan gunung ganang.BESOUT memiliki sebuah kilang pemprosesan buah sawit.

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenal pasti kegiatan manusia terhadap alam sekitar di gunung besout

2.mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di gunung besout

3.mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di gunung besout